PIAGAM SEKOLAH

Dengan ini berjanji akan memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada:
Murid :
-Mempastikan semua murid menerima pengajaran dan pembelajaran
mengikut masa yang diperuntukkan.
-Semua murid akan dilayan dengan adil tanpa mengira kaum dan agama.
-Semua murid akan dilayan dengan mesra apabila berurusan di pejabat.
-Bantuan yang disalurkan oleh kerajaan akan diberikan kepada yang layak.
-Berpeluang menyertai semua program sekolah di peringkat zon, daerah, negeri dan
kebangsaan bagi yang layak.
Guru :
-Staf dapat bekerja dalam suasana kondusif.
-Staf baru mendapat gaji dalam tempoh 3 bulan pertama.
-Menerima latihan dalaman untuk peningkatan kendiri sekurang-kurangnya 3 kali setahun.
-Guru dapat mengajar mengikut opsyen.
-Rekod perkhidmatan dikemaskini dalam tempoh 3 hari selepas menerima maklumat
perubahan.
-Mendapat semua maklumat dan pekeliling perkhidmatan yang dikeluarkan oleh
“stake holder”.
Ibu bapa/Penjaga/Pelawat :
-Akan dilayan sama adil tanpa mengira status.
-Setiap aduan akan disiasat dan dimaklum balas akan diberi tidak lebih dari 3 hari bekerja.
-Permohonan anak bertukar sekolah akan diselesaikan dalam masa 1 hari.
-Stake Holder :
-Memastikan semua arahan JPNT/KPM melalui surat makluman dan pekeliling diambil tindakan segera.
-Semua surat JPNT/KPM akan dijawab dalam 3 hari jika diperlukan.

VISI DAN MISI SEKOLAH


VISI
MELAHIRKAN ANAK DIDIK YANG CEMERLANG DALAM KURIKULUM,KOKURIKULUM DAN SAHSIAH

MISI
MEMPERTINGKATKAN KUALITI PELAJARAN DAN PEMBELAJARAN. PERSEKITARAN YANG HARMONI, PELAKSANAAN PROGRAM DAN AKTIVITI YANG AKTIF, BERINOVATIF UNTUK MELAHIRKAN INSAN YANG BERILMU, BERAMAL DAN BERAKHLAK MULIA

SEJARAH PENUBUHAN SEKOLAH KEBANGSAAN BINJAI KERTAS (SKBK)


Sekolah Kebangsaan Binjai Kertas dibuka pada 1hb Januari 1984 dengan keramaian murid
ketika itu 123 orang. Kini murid sekolah ini berada dalam angka 152 orang.
Nama sekolah ini di ambil sempena dengan lokasi sekolah yang berada di Kampung Binjai
Kertas. Lokasi sekolah ini terletak di jalan Kampung Tajin – Kuala Telemong. Jarak dari Kuala
Berang ke SKBK ialah 10 km. Dari Kuala Terengganu melalui Kuala Berang, jaraknya ialah
52 km manakala dari Kuala Terengganu melalui Kuala Telemong, jaraknya ialah 35 km.
Murid-murid sekolah ini terdiri daripada kanak-kanak yang tinggal di tiga buah kampung
iaitu Kampung Binjai Kertas, Kampung Kuala Akob dan Kampung Sungai Ular.
Sebelum ini kanak-kanak dari tiga buah kampung tersebut belajar di Sekolah Kebangsaan
Tanggol dan Sekolah Kebangsaan Langgar. Untuk sampai ke sekolah, kanak-kanak tadi
terpaksa menyeberang sungai. Sejak penubuhan sekolah ini kanak-kanak tersebut tidak
perlu menyeberang sungai lagi.